RAMADAN SKETCH CHALLENGE #KUIHAPA6JILAKE

Cara Penyertaan

Setiap minggu, empat kuih tradisional akan diumumkan sebagai tema. Untuk layak dipilih sebagai Pemenang Mingguan, peserta perlu menyiapkan keempat-empat lakaran dalam apa jua gaya—tradisional, digital, doodle, atau kartun. (Sebarang rekaan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) tidak akan diterima. Semua penyertaan mesti merupakan hasil karya asli peserta.)

    Muat Naik Karya Anda

    Muat naik lakaran anda sebagai hantaran umum di Instagram, Twitter atau Facebook.

    Gunakan tanda pagar #KuihApa6Jilake dan tag: @6jilakemovie @klsketchnation @primeworksstudios.film @eartistictentertainment

    Tarikh Akhir Penyertaan

    Hantarkan penyertaan anda sebelum Jumaat, 11:59 PM setiap minggu.

    Hadiah

    Pemenang Mingguan

    • RM200 tunai setiap minggu

    Pemenang Utama

    • Dipilih daripada Pemenang Mingguan untuk menerima barangan eksklusif 6 Jilake dan tiket ke Gala Premiere 6 Jilake

    10 Finalis Bertuah

    • Pada akhir cabaran, 10 lakaran terpilih akan menerima tiket ke Tayangan Perdana 6 Jilake serta barangan eksklusif 6 Jilake

    Pengumuman Pemenang

    • Pemenang Mingguan akan diumumkan setiap Sabtu di laman ini dan platform media sosial rasmi 6 Jilake
    • Pemenang Utama akan diumumkan pada 30 Mac 2025.

    Terma dan Syarat Peraduan

    • Pastikan akaun dan hantaran anda ditetapkan kepada umum supaya penyertaan dapat dilihat
    • Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan setiap minggu
    • Pemenang perlu hadir ke Gala Premiere 6 Jilake pada 24 April 2025, 8:00 PM di Kuala Lumpur. Kos perjalanan dan penginapan tidak disediakan

    Terma Tambahan

    • Hadiah tidak boleh dipindah milik
    • Wang tunai akan dipindahkan melalui akaun bank
    • Karya terpilih akan dipaparkan di media sosial dan acara rasmi 6 Jilake
    • Sekiranya karya digunakan untuk barangan rasmi, penganjur akan menghubungi pemenang
    • Penganjur berhak mengubah atau membatalkan peraduan tanpa notis awal
    • Dengan menyertai, peserta bersetuju membenarkan penganjur menggunakan nama dan karya mereka untuk tujuan promosi tanpa bayaran

    Hubungi Kami

    Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui platform media sosial rasmi kami.

    Sertai Cabaran Seni Ramadhan 6 Jilake dan jadikan kuih tradisional sebagai inspirasi seni kreatif anda.

    MINGGU 1 - 4 #KuihApa6Jilake